COVID-19: Kluster Benteng LD sumbang 2 jangkitan baru.


Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia








KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) mengesan enam jangkitan baru dan dua daripadanya babitkan Kluster Benteng.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster yang berlaku di Sabah itu berkaitan kontak rapat kepada kes pesakit bergejala pada 1 September lalu.

Menurut Noor Hisham, kontak rapat dua pesakit terbabit dimasukkan ke Hospital Tawau pada 2 September lalu selepas dikesan positif.

"Sehingga 6 September 2020, seramai 776 orang sudah disaring dari Kluster Benteng LD dan dua disahkan pada hari ini," katanya melalui media sosial rasmi KKM, hari ini.

Menurut Noor Hisham, jumlah keseluruhan Covid-19 dari Kluster Benteng LD berjumlah 16 kes iaitu 7 kes dikesan positif di Lahad Datu dan Tawau sebanyak 9 kes.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, daripada enam kes baru yang dilaporkan, tiga adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan tiga kes babitkan penularan di dalam negara.


(Penulisan ini dikemaskini pada 6.9.2020: jam 12.20pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.