COVID-19: Pegawai imigresen positif.
![]() |
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia |
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) mengesan pegawai imigresen positif Covid-19, dipercayai dijangkiti daripada Kluster Depot Tahanan Imigresen (DTI) Semenyih 2.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dua pegawai imigresen dipercayai dijangkiti Covid-19 ketika mengiringi seorang tahanan yang bakal dihantar balik ke negara asal yang dikesan positif pada 27 Ogos lalu.
Menurut Noor Hisham, kedua-dua pegawai imigresen terbabit adalah antara empat pegawai imigresen yang mengiringi tahanan yang dikesan positif Covid-19.
"Punca jangkitan masih dalam siasatan. Langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar sudah dijalankan di DTI Semenyih," katanya.
Ulasan
Catat Ulasan