COVID-19: Malaysia cemas, 100 jangkitan dan 23 negara disekat.


Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia








JANGKITAN Covid-19 di Malaysia naik mendadak apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 100 kes baru.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 100 jangkitan baru yang dilaporkan, 85 kes babitkan penularan di dalam negara dan 15 kes babitkan jangkitan di luar negara.

Noor Hisham berkata, daripada kes penularan tempatan terbabit, 55 jangkitan babitkan warganegara Malaysia dan 30 bukan warganegara.

"Antara negeri yang menyumbang jangkitan tempatan adalah Sabah, 62 kes; Kedah, 22 kes; Perlis, 1 kes," katanya melalui kenyataan media di laman sosial rasmi KKM, hari ini.

Menurut Noor Hisham, hingga hari ini jumlah kes Covid-19 di Malaysia sebanyak 9,559 dengan 128 kematian.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, kerajaan Malaysia melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memperketatkan kemasukan rakyat daripada 23 negara ke negara ini.

"Sekatan itu tertakluk kepada Pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang bagi warganegara dari negara-negara yang mencatatkan kumulatif kes positif Covid-19 melebihi 150,000 kes," katanya.


(Penulisan ini dikemaskini pada 8.9.2020: jam 7.00pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.