COVID-19: Malaysia, banyak penularan tempatan dan kluster aktif.


Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia









PENULARAN jangkitan Covid-19 di Malaysia masih membimbangkan apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan kebanyakan jangkitan baru babitkan penularan tempatan dan kluster berbeza.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hingga jam 12 tengahari hari ini, pihaknya mengesan 14 jangkitan baru Covid-19 di seluruh negara.

Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu sebanyak 10 kes adalah penularan dalam negara dan empat daripadanya mendapat jangkitan di luar negara.

"Perincian 10 jangkitan dalam negara babit Kluster Tawar, 3 kes; Kluster Bunga, 2 kes; Kluster Telaga, 1 kes; Kluster Bentang LD, 4 kes.; dan jangkitan tanpa kluster babitkan empat kes," katanya melalui media sosial rasmi KKM, hari ini.

Menurut Noor Hisham, jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,374 jangkitan dan membabitkan 128 kematian.

(Penulisan ini dikemaskini pada 3.9.2020: jam 6.00pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.