COVID-19: Kedah, 9,490 belum tampil saringan.

 

Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com

Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia









KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) menganggarkan seramai 9,490 penduduk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kedah belum jalani saringan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga hari ini seramai 12,870 saringan sudah dilakukan di Zon Kenanga, Zon Mawar dan Zon Melur di Amanjaya, Kedah.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, satu kes dikesan positif Covid-19, 12,687 disahkan negatif dan 182 masih menunggu keputusan.

"KKM menyeru dan merayu mereka yang belum menjalani saringan untuk segera tampil ke pusat-pusat saringan yang disediakan," katanya melalui kenyataan media di media sosial rasmi KKM, hari ini.

Selain itu, Noor Hisham berkata, hingga jam 12 tengahari tadi, sebanyak enam kes baharu yang dilaporkan.

Katanya, daripada kes baharu berkenaan, empat adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan melibatkan bukan bukan warganegara.

"Penularan di dalam negara pula melibatkan warganegara dan kedua-dua kes berkenaan berlaku di Selangor dan Pahang," katanya.

(Penulisan ini dikemaskini pada 2.9.2020: jam 6.00pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.