BLOGGER: Kesesuaian masa promosi produk.

Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com


UNTUK melariskan produk atau sebarang bentuk hebahan, ianya perlu dikongsi dalam kumpulan (group) samada di facebook, whatsapp dan media sosial lain. Di penulisan ini, penulis kongsikan masa sesuai dikongsikan dengan group dan pecahan khalayak (viewer) mengikut negara.

MASA PERKONGSIAN
Sepanjang pemerhatian kira-kira sebulan, penulis berkongsi bahan penulisan sekurang-kurangnya dua kali sehari samada pagi, tengahari, petang atau malam.

Bagaimanapun, pemerhatian penulis mendapati masa sesuai perkongsian (share) bahan blog adalah sebelum jam 8am hingga 9am. Tempoh masa itu adalah waktu di mana pembaca akan membaca penulisan pada hari berkenaan.

Malah, terdapat juga pembaca mula membaca bermula jam 6.30am setiap hari.

Puncak pembaca ramai pada waktu pagi adalah bermula jam 9.0am hingga 10.30am; jam 11.30am hingga 12.30pm.

Di sebelah petang waktu puncak pula sekitar jam 2.30pm hingga 4.00pm dan meningkat semula kira-kira jam 9pm hingga 11.30pm. Jumlah akan konsisten rendah selepas jam 12.30 tengah malam hingga ke awal pagi keesokan hari.

Ini adalah tempoh masa yang dilihat masa sesuai untuk berkongsi sebarang produk di media sosial.

ANALISA KHALAYAK (VIEWER)
Sepanjang tempoh sebulan data yang terkumpul, Berikut adalah pecahan khalayak mengikut negara sepanjang tempoh sebulan data terkumpul di Sulaimansallehkuis.blogspot.com.

Malaysia : 93.77 peratus.
Amerika Syarikat : 2.14 peratus.
Indonesia : 1.62 peratus.
Brunei : 1.09 peratus.
Singapura : 0.52 peratus.
Arab Saudi : 0.07 peratus.
Perancis : 0.07 peratus.
United Kingdom : 0.07 peratus.
Thailand : 0.06 peratus.
Australia : 0.05 peratus.
lain-lain negara : 0.53 peratus.

Dalam tempoh analisa, sebanyak lebih khalayak (viewer) dari 20 negara memasuki blog penulis. Sepanjang sebulan pemerhatian, didapati bahasa Melayu yang digunakan bukan halangan untuk dibaca oleh lain-lain khalayak dari negara seluruh dunia kerana penulisan dihasilkan adalah ringkas dan boleh diterjemah oleh terjemahan google.

Semoga perkongsian ringkas ini membantu menambahkan keupayaan pembaca mempromosikan sebarang produk di media sosial. Seterusnya, meningkatkan pendapatan diri, keluarga dan menyumbang kepada jiran-jiran serta masyarakat yang memerlukan, terutama dalam bentuk wang tunai atau barangan. Semoga berjaya.

(Artikel ini dikemaskini: 15.6.2020)


Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.