COVID-19: Varian bakal musnahkan keupayaan vaksin?

 Sulaimansalleh2015@gmail.com

Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia








BARU-BARU ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi peringatan supaya anggotanya di Eropah meningkatkan langkah mencegah coronavirus terutama ketika berhadapan varian baharu yang sedang menular di Britain.

Beberapa negara Eropah lain seperti Denmark, Belanda dan Australia mulai melaporkan mengenai varian seperti yang merebak dengan cepat di Britain.

Ketika penulisan ini dikemaskini, Eropah mencatatkan angka kematian akibat Covid-19 lepasi 500,000 dan kematian di seluruh dunia pada masa kini hampir 2 juta.

Difahamkan varian baharu itu lebih mudah tersebar serta mempengaruhi beberapa ujian diagnostik yang pernah dilakukan sebelum ini.

Ujian diagnostik adalah tindakan mengenal pasti sesuatu perkara berkaitan pengujian terhadap sesuatu perkara, contohnya virus Covid-19, hingga vaksin yang berkesan berjaya ditemui.

Susulan itu, dibimbangi beberapa vaksin yang berjaya dihasilkan sebelum ini tidak atau kurang berkesan terhadap varian yang dikenali VUI 202012/01 (VUI mewakili Variant Under Investigation).

Bagaimanapun, masih terlalu awal menyatakan bahawa varian baharu yang dipercayai bermutasi dari virus Covid-19 kebal daripada vaksin yang hampir berjaya dihasilkan oleh kebanyakan negara.

Pihak yang bertanggungjawab mencegah varian terbabit masih melakukan pemerhatian dan kajian bagi mencegahnya terus tersebar luas di seluruh dunia.

Semoga varian baharu itu dapat dikawal penularannya kerana dunia pada masa kini semakin sengsara dan mengharapkan dunia kembali aman dan tenang daripada apa-apa ancaman.


(Artikel ini dikemaskini pada 26.12.2020: jam 10.00am)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020


Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.