RENCANA: Impak Covid-19, pengeluaran akaun 1 KWSP.
Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
BEBERAPA bulan lalu, perbincangan serta perdebatan pengeluaran wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) babitkan akaun satu hangat diperbincangkan samada di media sosial hingga di Parlimen Malaysia.
Setelah melalui pelbagai bentuk perbincangan serta perdebatan, akhirnya kebenaran pengeluaran akaun 1 KWSP menjadi kenyataan apabila Menteri Kewangan, Datuk Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkannya di Parlimen pada 6 November lalu.
Selepas melalui perbincangan lanjutan di pelbagai peringkat pengeluaran yang dikenali i-Sinar syarat pengeluarannya dilihat semakin mudah serta membantu ahli KWSP yang terjejas untuk meneruskan kelangsungan kehidupan dalam tempoh krisis Covid-19.
Ahli yang mempunyai baki akaun 1 kurang dari RM100,000 maksimum pengeluaran RM10,000, bayaran bulan pertama maksimum RM5,000 dan jangka masa pembayaran sehingga 6 bulan.
Sementara itu, ahli yang mempunyai baki simpanan lebih 100,000 pula pengeluaran maksimum 10 peratus daripada jumlah simpanan dengan jumlah maksium pengeluaran sebanyak RM60,000.
Tempoh bayaran keseluruhan adalah selama enam bulan secara berperingkat-peringkat.
Maklumat lanjut mengenai pengeluaran i-Sinar boleh dilayari: https://isinar.kwsp.gov.my/
Semoga pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat negara ini.
(Artikel ini dikemaskini pada 3.11.2020: jam 1.30pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020
Ulasan
Catat Ulasan