COVID-19: Disember 2020, enam laporan di Sebenarnya.my,
PANDEMIK Covid-19 yang sedang melanda negara dan dunia masa kini mengusarkan sebilangan besar masyarakat dunia hari ini.
Kegusaran itu kadangkala menyebabkan pelbagai berita yang kurang tepat tersebar luas di kebanyakan media sosial.
Berdasarkan laman sesawang Sebenarnya.my terdapat enam berita palsu atau kurang tepat mengenai Covid-19 yang tersebar pada Novmber 2020:
1. Tiada PKPB Di Daerah Kuantan, Pahang Mulai 18 Disember 2020.
2. Tiada Pesakit Positif COVID-19 Ditempatkan Di Hotel First World, Saringan Dilakukan Oleh Jabatan Kesihatan.
3. Dakwaan PKPD Akan Dilaksanakan Serta Merta Bermula 12 Disember 2020 Di Negeri Selangor Adalah Tidak Benar.
4. Dakwaan Terdapat 60 Orang Pesakit Positif COVID-19 Di Kampung Pasir Putih Adalah Tidak Benar.
5. Makluman PKPD Di 8 Buah Negeri Akan Dilanjutkan Bermula 6 Disember 2020 Hingga 3 Januari 2021 Adalah Tidak Benar.
6. Balai Polis Bentong Masih Beroperasi Seperti Biasa.
Semoga pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara dan dunia pada masa kini segera berakhir kerana semakin ramai merasa kebimbangan dan kegusaran untuk meneruskan kehidupan pada masa kini dan masa mendatang.
Bagaimanapun, kebimbangan dan kegusaran itu hanya mampu dihindari melalui kekuatan dalaman seseorang ketika berhadapan pandemik Covid-19 ini.
(Artikel ini dikemaskini pada 31.12.2020: jam 10.00pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Ulasan
Catat Ulasan