CERPEN: Pengemis Kota.

 Oleh: Sulaiman Salleh
(Diubahsuai: Pernah disiarkan di Radio Tiga Melaka pada 7hb Mei 1992)









MUSIM mencari rezeki bagi pengemis muda telah bermula. Di satu sudut kelihatan seorang jejaka membawa sebakul yang tidak diketahui akan isi kandungannya.



“Macam manalah aku boleh menjadi macam ni? Ini sudah tentu nasib yang melahirkan aku macam ini. Kalau tak, takkan aku menjadi macam ini?” Bisik Majeed.
“Kau… kau yang curi kain aku dulu!” Tiba-tiba terdengar suara seorang lelaki tua di telinga Majeed.
Majeed segera bertempiran lari apabila mendengar suara yang sentiasa memburunya saban hari. Dengan berbekalkan sepasang kaki yang tidak beralas, pengemis muda itu pantas lari sambil melangkah sampah sarap yang ditaburkan oleh manusia yang mengutamakan kebendaan.
“Aku dituduh mencuri kainnya. Selama ini aku hanya duduk di dalam sebuah banglo yang besar dan ditemani oleh gadis-gadis yang cantik yang menjadi hamparan tidurku. Apakah aku ini tidak layak untuk duduk di dalam dunia pengemis? Dulu datuk aku seorang jutawan. Oleh itu, aku ni berketurunan orang yang baik-baik. Memang tak layak aku digelar…. Tapi kain yang aku pakai ini milik siapa?” Majeed terdiam seketika.
Majeed sentiasa diburu oleh seorang lelaki tua yang menuduhnya sebagai pencuri kain pusakanya. Mungkin keesokan hari orang tua itu akan memburunya lagi.
“Apakah rancangan kau untuk menghalau si tua dengan budak itu keluar dari tempat ini?” Terdengar suara seorang pengemis yang mengelar dirinya sebagai John.
“Kita tak perlu halau mereka, apa yang penting mereka berdua kita kasi berperang. Apa guna kita hapuskan mereka. Negara kita mempunyai undang-undang nanti kita mati di tali gantung.” Kata Majeed kepada kawannya yang selama ini berangan-angan hendak menjadi orang bangsa Inggeris.
“Cuba kau tengok tu….” Kata John.
“Wah! Orang tua itu bawa barang berharga. Mana dia dapat barang itu. Ini sudah tentu dia curi dari kedai jual barang-barang antik. Malam ini kita curi barang itu dari dia.” Ajak Majeed.
Mengikut yang dirancang, malam itu Majeed dan John curi-curi masuk ke dalam pondok buruk orang tua yang selama ini mengangap dirinya waris takhta kesultanan Melaka.
Keesokan hari, tanpa mengira langkah orang tua yang kehilangan barang berharganya mencari-cari Majeed di kawasan pengemisan.
“Bila aku dapat budak bedebah itu akan aku cincang-cincang sampai lumat. Penat aku cari, senang aje dia mencurinya.” Rungut orang tua yang menjadi musuh Majeed semenjak tiga minggu lalu.
Dalam kegelisahan itu, secara tiba-tiba dia terdiam. Matanya memandang tepat ke satu arah dan memastikan objek di hadapannya adalah musuhnya. Setelah beberapa lama ia memandang barulah ia pasti bahawa musuhnya sudah berada di hadapannya. 
Hatinya berbisik, kali ini musuhnya itu tidak akan dilepaskan.
Apabila sudah berada di lokasi yang sesuai, lelaki tua yang memusuhi Majeed melepaskan satu tumbukan permulaan lantas mengena dagu anak muda itu. Pengemis muda tersungkur jatuh. Tanpa simpati pengemis tua terus membelasah Majeed.
Dalam pergelutan itu mereka tidak menyedari bahawa sebuah jentera berat menghampiri mereka. Sampah-sarap yang mengunung telah menghalang pandangan pemandu kenderaan berat itu lantas mengilis pengemis muda dan pengemis tua. 
Kehilangan dua nyawa yang pernah mendiami dunia yang penuh dengan cabaran, walaupun sisa kehidupan diakhiri dengan mengemis di Kota Kuala Lumpur.

*** sekian ***

(Artikel ini dikemaskini pada 5.12.2020: jam 6.00pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.