COVID-19: Data rasmi John Hopkins University, Malaysia semakin jauh atasi China.
Sulaimansalleh2015@gmail.com
![]() |
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia |
KADAR jangkitan harian Covid-19 yang tinggi, kebanyakan lepasi angka 1,000 sehari hampir sebulan lalu menyebabkan data rasmi John Hopkins University menunjukkan Malaysia semakin jauh mengatasi jangkitan di China.
Ketika penulisan ini dikemaskini, data dari John Hopkins University menunjukkan jumlah jangkitan harian di negara ini berjumlah 110,485 berbanding China masih kurang 100,000 jangkitan keseluruhan.
Purata jangkitan harian di China kebanyakannya kira-kira 100 jangkitan sehari sejak beberapa bulan lalu.
Virus pembunuh yang kini dikenali Covid-19 dikesan berasal dari China pada akhir Disember 2019 lalu.
Pada awal Mac 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kepada dunia bahawa virus Covid-19 sudah menjadi pandemik serta berupaya mengancam dunia.
Dalam tempoh hampir setahun, virus yang berupaya membunuh ini dipercayai sudah bermutasi beberapa kali dan semakin kebal ketika berada di luar tubuh badan manusia terutamanya di makanan sejuk beku.
Sejak beberapa bulan lalu, pihak berkuasa China menemui virus Covid-19 di beberapa makanan sejuk beku yang diimport dari beberapa negara
Semoga virus pembunuh ini segera ditemui vaksin penyembuhnya dan keadaan dunia kembali tenang sebelum kewujudannya.
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020
Ulasan
Catat Ulasan