ASAS PENULISAN: BAB 3


BAB 3 
KEPENGARANGAN DAN IMAGINASI 


3.0 PENGENALAN IMAGINASI 

Menyatakan mengenai imaginasi, sering terbayang di kebanyakan fikiran seseorang individu ia membabitkan khayalan mengenai sesuatu perkara. Maksud yang dinyatakan itu secara umumnya benar kerana Dewan Bahasa dan Pustaka (2010) mendefinisikan imaginasi sebagai kemampuan menggambarkan sesuatu dalam angan-angan atau mencipta sesuatu secara khayalan. Khayalan pula dimaksudkan sebagai sesuatu yang nyata kelihatan pada pandangan seseorang pada hal sebenarnya tidak wujud. 

Mengapa manusia berkhayal dan apa pula hubungannya dengan bidang kepengarangan. Perlukah seseorang pengarang mempunyai daya imaginasi dan menyelitikan khayalan dalam penulisannya? Persoalan-persoalan ini akan dikupas pada bab ini bagi mendapatkan hubungan dan kepentingan khayalan dalam penulisan. 

Kebanyakan dapat dilihat bahawa imaginasi atau khayalan seseorang dapat dilihat secara jelas  ketika dirinya berada di alam kanak-kanak. Pelbagai khayalan atau imaginasi dibayangkan oleh kanak-kanak seperti membayangkan sebuah kapal terbang yang dipegang sedang terbang di udara. Kereta yang tidak berenjin digerakkan dengan menggunakan tangan sedang melalui lebuh raya yang sibuk dan sebagainya. Ketika berimaginasi sering dapat digambarkan bahawa kapal terbang benar-benar berada di udara dan kereta yang dipegang juga benar-benar berada di lebuh raya yang sibuk. Ketika berimaginasi hal-hal yang tidak berlaku dan mungkin mustahil berlaku dapat digambarkan sebagai sesuatu yang nyata. 

Nur Ashiqh (2004) menyatakan bahawa anak-anak yang cerdas sering kali mengkhayalkan masa hadapan: 

“Mereka tertarik akan kemungkinan-kemungkinan yang belum diketahui dan merasa tercabar untuk mengambil bahagian dalam memecahkan masalah yang belum muncul. Proses fikiran yang diperlukan untuk merasakan dan memecahkan masalah masa hadapan selalu berkaitan dengan kemampuan tingkat tinggi, dan anak-anaklah yang paling memerhatikan masa hadapan pada pelbagai jalur kehidupan – budaya, ilmiah, politik dan pendidikan – dan mereka adalah sumber daya yang paling menjanjikan. Oleh itu, sangat penting untuk mengikut-sertakan anak-anak cerdas dalam masalah-masalah dunia, bukan cuma masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakatnya sendiri.” 


3.2 HUBUNGAN IMAGINASI DAN PENULISAN 

Imaginasi mempunyai hubungan yang amat rapat dengan penulisan terutamanya penghasilan karya-karya sastera. Mereka yang mempunyai keupayaan berimaginasi adalah suatu kelebihan baginya menghasilkan karya-karya yang bermutu. 

Faisal Tehrani (2008) menyatakan bahawa imaginasi adalah unsur yang paling penting bagi melahirkan karya sastera. Dijelaskan bahawa imaginasi merupakan keupayaan mencipta citra yang berupaya mengambarkan imej peribadi seseorang yang belum pernah terjadi secara nyata. Dinyatakan juga bahawa imaginasi atau khayalan akan berpaksikan ilham. 

Bersandarkan pengalaman menghasilkan novel berjudul 1511H Kombat sekitar tahun 2003, Faisal membahagikan khayalan kepada tiga jenis iaitu: 

a. Khayal Ibtikari (creative imagination) iaitu imaginasi yang baru terhasil dalam fikirannya. Imaginasi sebegitu dikatakan tidak disandar pada apa-apa gambaran yang sedia ada dan hanya atas dasar futuwwah yang wujud dari hasrat yang murni. 

b. Khayal ta’lifi (associative imagination) bermaksud imaginasi yang muncul daripada realiti atau gambar yang benar. 

c. Khayal bayani (interpretative imagination). Khayalan jenis ini dikatakan satu penafsiran terhadap tanggapan-tanggapan yang sedia ada. Contohnya, tanggapan Amerika Syarikat tidak dapat ditewaskan dibentuk semula dengan khayalan bahawa negara itu boleh ditewaskan kerana wujudnya pemberontak dalam negara itu sendiri yang dipengaruhi kebencian terhadap pengaruh Zionis. 

Panduan yang dikemukakan oleh Faisal selaku pengarang karya kreatif jelas menunjukkan bahawa imaginasi mempunyai hubungan yang terlalu sukar untuk dipisahkan. Bagaimanapun pula jika seseorang pengarang berhajat menulis sesuatu penulisan yang berbentuk fakta seperti penulisan buku mengenai tarian tradisional Melayu. Adakah diperlukan imaginasi untuk memantap penulisannya? 


(Artikel ini dikemaskini pada 20.12.2020: jam 7.00pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.