COVID-19: Penggunaan vaksin, status halal diragui?
Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
![]() |
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia. |
BARU-BARU ini, Perdana Menteri, Tan Sri Dato' Muhyiddin Mohd Yassin melalui kenyataan medianya memaklumkan kerajaan Malaysia melalui Menteri Kesihatan sudah menandatangani perjanjian pembelian awal dengan syarikat farmaseutikal Pfizer pada akhir November lalu.
Dimaklumkan perjanjian itu adalah bagi mendapatkan bekalan vaksin Covid-19 sebanyak 12.8 juta dos bagi menampung keperluan imunisasi bagi 20 peratus rakyat negara ini.
Jumlah 20 peratus berkenaan menyamai kira-kira 6.4 juta rakyat negara ini yang berjumlah kira-kira 32 juta.
Difahamkan, perjanjian itu memberi ruang kepada kerajaan untuk mengakses data vaksin berkenaan babitkan kualiti, keselamatan dan keberkesanannya.
Akses itu turut membabitkan jaminan akses kepada vaksin berkenaan sebaik ianya sedia diedarkan oleh syarikat pengedar terbabit.
Bagaimanapun, syarikat farmaseutikal Pfizer perlu mendapatkan kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) dan kelulusan regulatori dari negara pengeluar.
Syarikat terbabit perlu juga mendapat kelulusan dari Bahagian Regulation Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum vaksin berkenaan digunakan di Malaysia.
Di saat vaksin virus yang sudah membunuh lebih sejuta manusia di seluruh dunia ini pelbagai pandangan serta perbalahan mengenainya, antaranya status halal vaksin berkenaan.
Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri berkata, pihaknya akan maklumkan mengenai penggunaan vaksin Covid-19 dalam masa terdekat.
Difahamkan, keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas mengenai penggunaan vaksin COVID-19 berkenaan akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Majlis Raja-Raja untuk diperkenankan.
Artikel ini dikemaskini pada 4.12.2020: jam 10.00pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Ulasan
Catat Ulasan