COVID-19: China, virus pada produk import Vietnam dan Brazil.
Berita Harian Online dengan memetik laporan AGENSI menyatakan bahawa China mengesahkan mengesan jangkitan tidak bergejala tempatan pertama dalam tempoh sebulan.
Pengesanan itu susulan dua pekerja pelabuhan di bahagian pemunggahan makanan laut sejuk beku di bandar Qingdao, Shandong, didapati positif Covid-19.
Pusat kawalan penyakit China menemui virus berkenaan ketika melakukan rutin pengujian sampel makanan sejuk beku yang diimport susulan penularan gelombang baru Covid-19 yang dikaitkan dengan pasar borong Xinfadi di Beijing.
Bagaimanapun, ujian Covid-19 ke atas kesemua individu yang berisiko dijangkiti kesan penemuan virus berkenaan menunjukkan kesemuanya negatif.
Pada Julai lalu, pihak berkuasa China turut menemui virus Covid-19 pada bungkusan udang yang diimport dari Ecuador dan tindakan segera menggantung pengimportan produk sejuk beku dari negara berkenaan.
Pada masa kini, berdasarkan pemerhatian penulis dari laporan media antarabangsa, hanya kerajaan China melaporkan bahawa terdapat virus Covid-19 di makanan sejuk beku yang diimport terutama dari negara-negara terjejas teruk akibat Covid-19.
Ketika penulisan ini dikemaskini, jangkitan di China berjumlah 85,414 kes, kematian sebanyak 4634. Kes aktif yang sedang dirawat di pelbagai pusat rawatan di negara itu pula berjumlah 185 kes.
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020
Ulasan
Catat Ulasan