PENYELIDIKAN: Analisa setahun laporan Sebenarnya.my sebelum dan selepas PRU-14

Sulaimansalleh2015@gmail.com












ABSTRAK

Sebelum Pilihanraya Umum Ke-14, media sosial kerap menjadi tempat yang digunakan oleh pelbagai pihak untuk menyatakan pandangan dan pendirian mereka terhadap sesuatu isu yang ditularkan. Terdapat segelintir di antara para pemimpin dan orang ramai beranggapan kebanyakan laporan yang disiarkan di media sosial adalah palsu, fitnah dan sebagainya. Kajian ini dilakukan berdasarkan objektif menilai jumlah data maklumat dikategorikan waspada, palsu dan penjelasan di laman sesawang yang dikaji dalam tempoh setahun, iaitu semasa Pilihanraya Umum Ke-14. Kaedah kutipan data pula dilakukan dengan mengumpul data dari November 2017 hingga November 2018 iaitu enam bulan sebelum dan selepas Pilihanraya Umum Ke-14. Data yang diperolehi itu dianalisa dan ditunjukkan dalam bentuk jadual. Hasil analisa didapati sejumlah 1107 data diperolehi sepanjang tempoh kajian. Enam bulan sebelum PRU-14, sebanyak 569 data diperolehi dan sebanyak 475 data bagi tempoh enam bulan selepas PRU-14. Penyelidik abaikan data Mei 2018 bagi memudahkan data dianalisa. Kajian yang dilakukan ini berupaya dipertimbangkan kajian yang lebih mendalam mengenai maklumat yang disebarkan di media sosial pada masa kini dan akan datang. Kajian seperti ini berupaya membantu mengurangkan masalah sebaran maklumat palsu, tidak benar, fitnah di media sosial yang berupaya mengugat kestabilan masyarakat. 

Kata Kekunci: Laporan, Pilihanraya Umum 

Kertas kerja lengkap boleh diperolehi di laman sesawang berikut: 
http://conference.kuis.edu.my/icomm/6th/images/eproceedings/ICD29.pdf

(Artikel ini dikemaskini pada 26.12.2020: jam 10.00am)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020


 

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.