COVID-19: Malaysia, bakal terima vaksin.

Sulaiman Salleh
Sulaimansallehkuis2015@gmail.com
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia.








MALAYSIA dijangka menerima vaksin Covid-19 dalam tempoh beberapa bulan lagi bagi mengawal pandemik virus pembunuh itu di negara ini.

Kenyataan ini berdasarkan laporan Berita Harian Online yang memetik kenyataan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Maklumat lanjut perbincangan di peringkat Parlimen mengenai vaksin berkenaan boleh dilayari dengan menaip "Bekalan vaksin ke Malaysia tahun depan tiada masalah" di Youtube.com.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Tan Sri Dato' Muhyiddin Mohd Yassin melalui kenyataan medianya memaklumkan kerajaan Malaysia melalui Menteri Kesihatan sudah menandatangani perjanjian pembelian awal dengan syarikat farmaseutikal Pfizer pada akhir November lalu.

Dimaklumkan perjanjian itu adalah bagi mendapatkan bekalan vaksin Covid-19 sebanyak 12.8 juta dos bagi menampung keperluan imunisasi bagi 20 peratus rakyat negara ini.

Semoga virus yang sudah membunuh jutaan manusia ini segera ditemui penawarnya supaya dunia kembali aman daripada ancamannya.

Artikel ini dikemaskini pada 7.12.2020: jam 2.00pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.