COVID-19: Varian, bakal bantutkan keberkesanan vaksin?
Sulaimansalleh2015@gmail.com
![]() |
| Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia |
CABARAN ketara keberkesanan vaksin yang dibangunkan oleh kebanyakan negara kuasa besar dunia pada masa kini apabila terdapat varian dipercayai bermutasi daripada virus Covid-19.
Difahamkan, varian terbabit yang berlainan daripada yang lazim pada virus Covid-19 lebih mudah berjangkit antara individu.
Baru-baru ini, Agensi Kesihatan Awam England (PHE), United Kingdom (UK) mengesahkan pihaknya mengesan varian baharu dipercayai bermutasi dari virus Covid-19 dikenali VUI-202012/01 di negara itu.
Ketika penulisan ini dikemaskini, varian terbabit juga disahkan oleh Kementerian Kesihatan Perancis, ianya dikesan di negara itu sejak beberapa hari lalu.
Antara vaksin Covid-19 yang difahamkan sudah memasuki ujian klinikal fasa ketiga adalah vaksin Sputnik V (Gamaleya Research Institute); BNT162b2 (BioNTech, Pfizer, CoronaVac (Sinovac Biotech); mRNA-1273 (Moderna); Fosun Pharma); CTII-nCoV (CanSino Biologics); dan AZD1222 (AstraZeneca, Universiti Oxford)
Di antara vaksin Covid-19 di atas, vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 diwarwarkan bakal digunakan paling awal di Malaysia kerana berdasarkan laporan media antarabangsa, vaksin berkenaan sedang digunakan di United Kingdom, Kanada serta beberapa negara lain.
Penemuan varian baharu itu menyebabkan masih terlalu awal untuk dinyatakan bahawa vaksin yang terlalu hampir berjaya dihasilkan adalah penyelesaian mengawal pandemik Covid-19 yang melanda dunia pada masa kini.
Kedatangan tahun masehi 2021, dilihat masih sukar untuk dunia kembali aman sebelum kewujudan virus yang dikenali Covid-19.
Penulis berpandangan, mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah kaedah paling berkesan memutuskan rantaian jangkitan varian dan virus Covid-19 yang mampu membunuh itu.
Masyarakat negara ini harus bersatu hati dan bekerjasama dengan agensi kerajaan terbabit memerangi virus pembunuh ini. Hanya melalui penyatuaan dan semangat kental berhadapan pandemik ini adalah penyelesaian terbaik memutuskan rangkaian virus itu.
Maklumat lanjut mengenai varian yang bermutasi dari virus Covid-19 boleh dilayari: https://www.bharian.com.my/dunia/lain-lain/2020/12/767837/apa-yang-kita-tahu-varian-baharu-covid-19-yang-ditemui-di-britain
Semoga tahun 2021 yang bakal dilalui memberi harapan baharu kepada dunia untuk kembali tenang dan aman.

Ulasan
Catat Ulasan