ASAS PENULISAN: BAB 6
BAB 6
KEPENGARANGAN DAN PEMIKIRAN
6.1 Pengenalan Pemikiran
Membincangkan mengenai bab ini pengarang mendapati secara tidak langsung ia berhubung pembentukan pemikiran itu sendiri. Berdasarkan Kamus Dewan (2010) pemikiran dimaksudkan sebagai perihal berfikir iaitu memikir.
Nur Ashiqh (2004) menyatakan perihal berfikir seseorang itu mempunyai kaitan otak yang dimilikinya. Selama berabad-abad lamanya para sarjana dikatakan menulis mengenai pemikiran yang sihat, yang berupaya menilai baik buruknya sesuatu perkara. Juga, pemikiran yang didasarkan oleh emosi.
Otak bekerja melalui sel-sel saraf khusus yang dinamakan neuron. Neuron-neuron itu dihubung antara satu sama lain melalui struktur-struktur menyerupai benang. Setiap neuron berupaya menyimpan bayangan, yang diterima dan kemudian diteruskan ke neuron-neuron lain oleh arus elektrik yang meloncat menyeberangi sinapsis (celahan) antara struktur-struktur yang menyerupai benang yang dinyatakan sebelum ini.
Dijelaskan bahawa neuron-neuron yang terdapat dalam otak itulah yang menyebabkan seseorang berfikir mengenai sesuatu. Jumlah keseluruhan neuron terbabit dianggarkan kira-kira 10 triliun dan setiap neuron berupaya berhubungan dengan kira-kira 1000 neuron yang lain:
“Semakin banyak suatu neuron memiliki struktur menyerupai benang, semakin besar kemampuannya menyalurkan informasi.”
Membicarakan lanjut, dinyatakan bahawa orang yang pemikirannya didominasi oleh otak sebelah kanan cenderung melihat sesuatu sebagai suatu keseluruhan. Mereka lebih senang seperti corak yang terdapat pada batik, bangun dan besar (ukuran), dan lebih imaginatif iaitu mempunyai imaginasi dan intuitif iaitu menurut berasakan daya atau kebolehan memahami sesuatu yang disebabkan oleh gerak hati bukannya dengan cara berfikir. Buah fikiran yang dijadikan saranan oleh mereka yang banyak menggunakan otak sebelah kanan ini dikatakan menyukarkan individu yang didominasi otak sebelah kiri memahaminya. Hal ini berlaku adalah disebabkan individu didominasi otak kiri sering berprestasi baik dalam bidang bersifat logika dan akademik serta mahir dalam permainan kata-kata.
Otak terbahagi kepada bahagian belakang, tengah dan hadapan. Kesemua bahagian hadapan mengandungi korteks serebral yang boleh mengawal kecerdasan seseorang iaitu hemisfera kiri dan kanan.
Otak kiri | Otak kanan |
Bahasa | Berfikir secara imaginatif |
Matematik | Kuantitatif |
Logik | Kreatif |
Angka | Intuitif -mengikut gerak hati, tidak berfikir |
Graf | Muzik |
Analisis | Melihat secara keseluruhan |
Laporan | Seni lukis |
Menulis secara objektif | Suka kepada alam semula jadi |
Penyelesaian masalah |
|
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020
Ulasan
Catat Ulasan