Covid-19: OKT positif, Balai Polis Bentong ditutup?
Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
Sulaimansalleh2015@gmail.com
DAKWAAN Balai Polis Bentong, Pahang, ditutup kepada orang awam selepas seorang suspek yang ditahan positif Covid-19 yang tular di media sosial baru-baru ini adalah tidak benar.
Laman sesawang Sebenarnya.my menyiarkan kenyataan Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar bahawa Balai Polis Bentong berjalan seperti biasa.
Katanya, proses sanitasi yang dilakukan di balai polis berkenaan dilakukan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sebagai langkah berjaga-jaga.
Difahamkan, seorang suspek yang ditahan pada khamis lalu di balai polis berkenaan didapati positif Covid-19 dan sudah dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh bagi rawatan susulan.
Seramai 40 pegawai dan anggota sudah dikenalpasti berada berhampiran suspek terbabit sedang kuarantin kendiri dan bakal jalani ujian saringan Covid-19 dalam tempoh terdekat.
Kenyataan berkaitan Balai Polis Bentong ditutup turut boleh dilayari di https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/12/649920/suspek-positif-covid-19-polis-nafi-balai-bentong-ditutup
(Artikel ini dikemaskini pada 14.12.2020: jam 11.00pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020
Ulasan
Catat Ulasan