BLOGGER: Ketepikan bayaran lumayan.

 

Sulaimansalleh2015@gmail.com










SIKAP segelintir blogger yang menyiarkan isu-isu sensitif di blog untuk mendapatkan bayaran lumayan daripada Google AdSense harus diketepikan.

Anggaran purata setiap blogger akan mendapat 0.01 hingga 0.04 sen (USD) bagi setiap pembaca atau penonton yang melayari blog miliknya. Jumlah bayaran yang diterima juga bergantung kepada iklan yang ditonton atau dijangkau oleh pelayar.

Penulis melihat perbuatan itu semakin ketara dan ianya harus dihindari. Utamakan pengisian ilmu yang bermanafaat adalah cara terbaik.
  
Isu-isu yang sensitif seperti kecaman politik keterlaluan, boikot sesuatu produk kerana salah faham dan sebagainya harus diketepikan kerana mengundang kesan buruk kepada kestabilan masyarakat.

Sesuatu penulisan sasaran terakhir adalah khalayak atau pembaca. Pembaca mahukan sesuatu penulisan berkualiti yang dekat dengan mereka. Kebiasaannya berkaitan konflik berhubung isu-isu semasa yang berupaya memberi kesan kepada mereka.

Bagi menarik perhatian pembaca, terdapat segelintir blogger mengaitkan sesuatu isu dengan individu popular atau personaliti hingga memberi kesan kepada individu berkenaan.

Penulis berpandangan, tidak ada masalah besar jika blogger mensensasikan sesuatu isu, jika adab penulisan serta penyampaiannya dipelihara supaya tidak menyinggung mana-mana individu atau pihak yang terbabit secara langsung atau tidak dengan isu yang diketengahkan.

Bagaimanapun, terdapat segelintir blogger tidak memikirkan bayaran lumayan dari Google AdSense, sebaliknya penulisan yang dihasilkan berdasarkan objektif tertentu.

Dalam sesuatu penulisan, selain kehendak pembaca yang dinyatakan di atas, penulisan yang dihasilkan juga perlu menarik dengan menggunakan pendekatan 5W 1H iaitu where, who, what, when, why dan how

Sikap segelintir blogger yang mengutamakan objektif tertentu penulisannya membuatkan pendekatan 5W 1H itu adakalanya ditokok tambah hingga mewujudkan pandangan serong terhadap seseorang atau organisasi.

Contohnya, penulis mungkin tidak pasti bila dan mengapa sesuatu kejadian berlaku. Tetapi disebabkan untuk mencapai objektif penulisannya, penulis membuat sendiri andaian dan menyiapkan penulisannya.

Perbuatan tidak bertanggungjawab itu mengundang penyebaran maklumat kurang tepat, hingga mengundang penyebaran maklumat yang diubahsuai, hingga mewujudkan kecaman terhadap seseorang atau organisasi.

Kecaman yang diterima oleh seseorang individu seringkali dikatakan difitnah. Harus difahami sesuatu penulisan itu mengandungi fitnah atau tidak bergantung kepada keputusan hakim di Mahkamah. Selagi mahkamah belum memutuskan seseorang itu nyata difitnah, ianya belum dianggap fitnah.

Semoga, diri saya sebagai blogger dan rakan-rakan blogger lain mengutamakan penyampaian maklumat bermanafaat bagi menjaga kestabilan maklumat di alam maya.

(Artikel ini dikemaskini pada 29.9.2020: jam 11.30am)Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.