RENCANA: Pandemik Covid-19, pencerobohan privasi di media sosial.
PANDEMIK Covid-19 yang melanda negara dan dunia hampir setahun lalu membuatkan media sosial dan komunikasi dalam talian menjadi medium utama berkomunikasi.
Dalam tempoh hampir setahun, kebanyakan pelayar media sosial semakin mahir menggunakan teknologi komunikasi itu dan mula menjadikannya sebagai satu alat komunikasi terpenting dalam kehidupan.
Keakraban teknologi komunikasi dan manusia itu harus dimanafaatkan sebaik mungkin kerana penggunaan media sosial berupaya menceroboh privasi seseorang hingga keselesaan kehidupannya terasa terjejas.
Di ruang yang terhad ini, penuls tampilkan ringkasan atau abstrak kajian awal yang pernah dilakukan bagi membincangkan mengenai topik ini.
Abstrak:
Kajian mengenai “Privasi Komunikasi Berkesan di Media Sosial” ini dilakukan untuk melihat perkaitan antara privasi, komunikasi dan media sosial. Privasi dimengertikan sebagai keadaan atau suasana bersendiri tanpa sebarang gangguan, dengan komunikasi yang bermaksud perhubungan secara langsung atau dengan alat perantaraan. Berdasarkan permasalahan terdapat segelintir pelayar di media sosial privasinya diganggu atau dirinya tidak mendapat haknya untuk mendapatkan suasana bersendiri.
Kajian yang turut berkaitan moral dan internet ini memerlukan pengguna menggunakan kebijaksanaannya ketika melayari laman sesawang yang terdapat di internet. Kebijaksanaan yang dikaitkan dengan iman dan takwa atau perisian hati. Islam mengutamakan pelaksanaan kebebasan dan sesuatu matlamat yang turut dikaitkan dengan kebebasan dan pilihan berkait dengan kebebasan dan
pilihan dirinya. Kajian yang dilakukan ini berupaya membantu lain-lain penyelidikan terutama
membabitkan privasi komunikasi di media sosial dengan melihat agama sebagai sumber
utama.
pilihan dirinya. Kajian yang dilakukan ini berupaya membantu lain-lain penyelidikan terutama
membabitkan privasi komunikasi di media sosial dengan melihat agama sebagai sumber
utama.
Sila layari seperti alamat sesawang diberikan untuk mendapatkan kertas seminar penuh : http://conference.kuis.edu.my/i-maf/images/eproceedings/2018/PAPER-4-SULAIMAN-SALLEH.pdf
Semoga pandemik virus pembunuh ini segera hilang daripada bumi yang disayangi dan dicintai ini. Kehilangannya berupaya mengembalikan kedamaian dan ketenangan yang pernah dinikmati sebelum kehadirannya.
(Artikel ini dikemaskini pada 1.12.2020: jam 12.10pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Ulasan
Catat Ulasan