COVID-19: Analisa data Disember 2020, 111 kematian.
Sulaimansalleh2015@gmail.com
MALAYSIA menerima kejutan kehadiran virus Covid-19 ke negara ini pada awal Mac 2020 lalu, dalam tempoh hampir setahun ini pelbagai dugaan dilalui ketika berhadapan pandemik virus pembunuh itu.
Hingga penulisan ini dihasilkan, pada hari terakhir 2020 jam 12 tengahari, negara ini mencatatkan jangkitan Covid-19 sebanyak 113,010 kes dengan 471 kematian.
Dilaporkan 131 kes positif Covid-19 masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), 60 daripada mangsa perlukan bantuan pernafasan.
Berdasarkan data yang diperolehi dari Kementerian Kesihatan Malaysia, pada Disember lalu, berikut dilampirkan pecahan jantina dan golongan yang meninggal dunia akibat virus Covid-19 pada Disember 2020.
Jantina/golongan | Remaja ( % ) | Muda(%) | Warga emas ( % ) | Jumlah ( % ) |
Lelaki | 0 ( 0% ) | 11 (9.9%) | 61 (55%) | 72 (64.9%) |
Perempuan | 1 ( 0.9%) | 7 (6.3%) | 31 (27.9% | 39 (35.1%) |
Jumlah | 1 (0.9%) | 18 (16.2%) | 92 (82.9%) | 111 orang (100%) |
Daripada data terbabit, sebanyak 92 (82.9 peratus) warga emas meninggal dunia, 55 peratus daripada lelaki dan 27.9 peratus daripadanya adalah perempuan.
Kematian babitkan golongan muda pula sebanyak 16.2 peratus dan golongan remaja sebanyak 0.9 peratus.
Golongan muda yang meninggal dunia terbabit, terdapat beberapa mangsa dilaporkan tidak mempunyai latar belakang penyakit kronik.
Data yang dikumpul hanya babitkan kematian pada Disember 2020, sepanjang pemerhatian penulis pada bulan Mac hingga November lalu, turut membabitkan kematian bayi dan kanak-kanak.
Semoga rakyat negara ini sentiasa mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan melalui pihak penguatkuasa di negara ini.
Akhir tahun 2020, dunia dikejutkan dengan kehadiran varian baharu yang dipercayai bermutasi daripada virus Covid-19.
Dikatakan, keupayaan varian ini berjangkit lebih 30 hingga 50 peratus lebih kuat daripada virus Covid-19 yang sedia ada dan ianya sudah merebak dengan luas di beberapa negara Eropah.
Lebih membimbangkan, vaksin Covid-19 yang sudah hampir lengkap kajian di sesetengah negara tidak berkesan pada varian baharu itu.
Semoga varian yang merbahaya itu tidak merebak ke negara ini dan kerjasama erat di kalangan masyarakat memutuskan rangkaian virus pembunuh itu adalah cara terbaik berbanding bergantung kepada vaksin bagi mengawal penularannya.
(Artikel ini dikemaskini pada 31.12.2020: jam 10.00pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Ulasan
Catat Ulasan