COVID-19: Pesakit positif, ditempatkan di Hotel First World, Pahang?
Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
Gambar ehsan PahangStory.
KERAJAAN negeri Pahang menafikan dakwaan yang tular di media sosial bahawa pesakit positif Covid-19 diletakkan di Hotel First World.
Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pahang, Mohd Zairasyahli Shah Zakaria berkata, dakwaan berkenaan tidak benar malahan semua individu yang didapati positif dihantar ke pusat kuarantin ditetapkan oleh kerajaan,
Menurut Mohd Zairasyahli, mana-mana individu yang disahkan positif dibawa ke pusat kuarantin dan rawatan ditetapkan manakala yang tidak positif diletakkan di Hotel First World.
"Jadi tidak timbul isu seperti yang ditularkan di media sosial pada masa ini yang menyatakan individu positif diletakkan di Hotel First World,"katanya melalui media sosial rasmi kerajaan negeri Pahang.
Semoga masyarakat negara ini memperolehi maklumat yang tepat di media sosial, sebarang maklumat yang meragukan perlulah merujuk laman rasmi kerajaan antaranya laman sosial rasmi kerajaan dan Sebenarnya.my.
Menerima maklumat yang tidak tepat atau palsu di media sosial tanpa selidik kebenarannya berupaya menyebarkan maklumat yang berupaya menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan masyarakat.
Kesannya, ia akan menyebabkan keselesaan masyarakat terjejas dan mengugat kestabilan masyarakat serta negara.
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020
Ulasan
Catat Ulasan