COVID-19: PKPD dilaksanakan serta merta di Selangor?

Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com

KIRA-KIRA 24 jam lalu, tersebar berita di kebanyakan laman sosial berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan serta merta di Selangor.

Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor mengesahkan pihaknya mengesan berita palsu diviralkan di kebanyakan media sosial berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan serta merta di Selangor. 

Menurut Kenyataan Media yang disiarkan di laman sosial rasmi IPK Selangor, berita berkenaan berlatarbelakangkan siaran berita televisyen tempatan.

Turut tertera tulisan "PKPD DI SELANGORSERTA MERTA, BERMULA 12 DISEMBER 2020 DAN SEMUA PINTU MASUK DAN KELUAR SELANGOR".

Pihak IPK Selangor menyatakan bahawa kenyataan itu tidak benar dan orang ramai dinasihatkan supaya tenang dan tidak mudah mempercayai serta terpengaruh dengan berita yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dalam pada itu juga, Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut menyatakan bahawa berita tersebut adalah berita palsu.

Semoga masyarakat negara ini tidak mudah mempercayai berita palsu yang sering tersebar kerana ia berupaya menjejaskan ketenangan kehidupan harian rakyat negara ini.


(Artikel ini dikemaskini pada 13.12.2020: jam 1.00am)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.