COVID-19: Laporan 'Sebenarnya.my' pada November, 3 berita palsu.
Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
Sulaimansalleh2015@gmail.com
![]() |
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia |
PANDEMIK Covid-19 yang sedang melanda negara dan dunia masa kini mengusarkan sebilangan besar masyarakat dunia hari ini.
Kegusaran itu kadangkala menyebabkan pelbagai berita yang kurang tepat tersebar luas di kebanyakan media sosial.
Berdasarkan laman sesawang Sebenarnya.my terdapat tiga berita palsu atau kurang tepat mengenai Covid-19 yang tersebar pada Novmber 2020:
1. Tiada pekerja panjat pagar keluar dari kawasan PKPD 'Top Glove'.
2. Pekerja warga asing yang memakai gelang ‘pink’ di tapak pembinaan adalah saringan ‘surveillance’, bukan saringan kontak rapat.
3. Dakwaan tidak perlu surat kebenaran merentas daerah di Kedah adalah tidak benar
Semoga pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara dan dunia pada masa kini segera berakhir kerana semakin ramai merasa kebimbangan dan kegusaran untuk meneruskan kehidupan pada masa kini dan masa mendatang.
Bagaimanapun, kebimbangan dan kegusaran itu hanya mampu dihindari melalui kekuatan dalaman seseorang ketika berhadapan pandemik Covid-19 ini.
(Artikel ini dikemaskini pada 29.11.2020: jam 11.00pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Ulasan
Catat Ulasan